SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Monday 30 April 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG SK KEMAYAN

Tujuan pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Konsep Guru Penyayang : 1. Seseorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. 2. Guru Penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayang setiap masa. 3. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. BERIKUT ADALAH SALAH SATU DARIPADA AKTIVITI PENGHARGAAN MURID IAITU MERAIKAN HARI LAHIR MURID
Murid kelas 3Bestari meraikan hari lahir mereka bersama-sama
Inilah kek hari lahir mereka
Mereka seronok menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi'

No comments:

Post a Comment